Mie's Winter

Follow|Home
Tuesday, June 4 | 0 comments
Assalamualaikum.

Hari ni aku rasa aku nak discuss kan perhubungan antara mermen dan juga manusia. Aku bukan apa, bila aku tengok One Piece, dan juga bila isu ni dibangkitkan, aku juga rasa terfikir, kalau lah betul-betul mermen ini wujud di dunia ni, adakah aku melayan diorang dengan cara yang sama?

Permasalahannya, cerita yang membuatkan mermen ini benci sangat dengan manusia kerana manusia pernah datang ke tempat diorang (underwater, anime kan, biasalah) dan tangkap duyung-duyung dan juga mermen yang kuat-kuat untuk diJUAL sebagai hamba.

Diorang tidak boleh lepas daripada tuan diorang dan juga perlu buat semua yang disuruh tanpa bantahan. Selain mermen, manusia (tak kira umur) juga akan dijual serta dijadikan hamba kepada manusia kelas atasan dan juga Celestial Dragons (cucu, cicit kepada manusia yang mewujudkan World Government, :P)

Queen kepada Merfolk ini, bekerja keras untuk membuatkan rakyatnya untuk bekerjasama dengan manusia. Tapi sudah tentulah, mermen ini tidak mahu, kerana manusia layan mereka dengan layanan yang sangat buruk. Siapa yang mahu bekerjasama bukan?

Tapi Queen itu nak juga rakyatnya bekerjasama dan juga menandatangan surat untuk membolehkan Mermen Island itu, naik ke atas laut untuk menjadi satu pulau yang bukan lagi 10 000 meter aras laut. Untuk membolehkan juga mereka sama-sama menikmati pancaran matahari.

Sebelum sempat mereka bekerjasama dengan manusia, Queen itu mati :P

Okay itu disebalik tabir cerita mermen dengan manusia.

Apa yang aku nak tulis kat sini, adalah pendapat aku sendiri. Kalau mermen ini wujud, adakah aku akan memberi layanan yang baik? Ataupun buruk? Sebenarnya, aku sendiri pun tak berapa nak pasti, macam mana layanan diorang terhadap manusia, macam itu jugalah layanan manusia terhadap diorang juga kan?

Aku juga rasa kesian kat diorang disebabkan diorang dipandang rendah/serong disebabkan diorang adalah mermen. Come on lah manusia yang dalam One Piece tu, apalah salah diorang korang layan diorang macam tu? Dijadikan hamba kerana kekuatan diorang 10x lebih dari manusia...

Sepatutnya mermen tak boleh ke darat pun disebabkan diorang ditangkap untuk dijadikan hamba. Ada sesetengah tu terlepas sebab dia bekerja dengan kerajaan jadi Shicibukai (Jimbei lah XD)

okay, panjang gila. aku tahu, tapi benda ni sebenarnya takde isi yang solid pun, aku hanya taip apa yang aku nak kan? Untuk keterangan lebih lanjut tolong tengok One Piece sendiri ya? Tak semua yang aku tulis ni betul, semuanya berdasarkan kajian dan analisis aku sahaja :D

Bai bai.

Labels:



0 Comments available :

Post a Comment